Jan 29, 2011

Hantaran

Salah satu dari cabang hobi yang saya minat, he he gubahan hantaran. Kira bidan terjun gak lah bab- bab mereka  - reka design.Walaupun taklah cantik sangat tapi bolehlah kan. Yang ni gubahan kain pasang tuk pihak lelaki masa majlis perkahwinan adik ipar  yang di gubah bentuk kipas.Nasib baik ada internet . Bolehlah saya jadikan panduan dan rujukan selain copycat gak sikit- sikit hasil tangan orang lain. Tapi tiap kali saya mintak izin tuan punya blog dulu kalau saya berkenan design diaorang. he he. halal lah kan 2 namanya. Saya akan letakkan gambar- gambar  gubahan hantaran yang menarik untuk panduan saya dimasa akan datang.
So layanjelah gambar2 yang saya upload ni.


Cupcakes


Buttercreme Cupcake



Buttercreme cupcakes ni permintaan dari Mok de sebanyak 50pcs . Nak dibawak ke sekolah sempena hari ulangtahun kelahiran anakdanya. Yang ni saya sediakan 2 perasa iaitu orange dan vanila.Nak deco yang simple so inilah hasilnya.