Jan 31, 2011
Converture coklat
Yang ni saje saya try tuk belajar tempering coklat macammana. Mungkin saya patut lorekkan coklat putih kat atas bentuk love tu kot baru hasilnya nampak menarik.Nanti bila punya kelapangan , saya akan try buat semula untuk hasil yang lebih menarik dan sampai saya puas hati.Tadi pun tika saya membelek2 magazine di PSI saya terjumpa buku macam mana tempering coklat yang betul dan ada idea yang menarik jugak untuk presentasi colat macam mana. Mungkin saya patut dapatkan buku tu .Buat tambah koleksi saya.em..
Fondant cupcakes
Jan 29, 2011
Hantaran
Salah satu dari cabang hobi yang saya minat, he he gubahan hantaran. Kira bidan terjun gak lah bab- bab mereka - reka design.Walaupun taklah cantik sangat tapi bolehlah kan. Yang ni gubahan kain pasang tuk pihak lelaki masa majlis perkahwinan adik ipar yang di gubah bentuk kipas.Nasib baik ada internet . Bolehlah saya jadikan panduan dan rujukan selain copycat gak sikit- sikit hasil tangan orang lain. Tapi tiap kali saya mintak izin tuan punya blog dulu kalau saya berkenan design diaorang. he he. halal lah kan 2 namanya. Saya akan letakkan gambar- gambar gubahan hantaran yang menarik untuk panduan saya dimasa akan datang.
So layanjelah gambar2 yang saya upload ni.
Buttercreme Cupcake
Buttercreme cupcakes ni permintaan dari Mok de sebanyak 50pcs . Nak dibawak ke sekolah sempena hari ulangtahun kelahiran anakdanya. Yang ni saya sediakan 2 perasa iaitu orange dan vanila.Nak deco yang simple so inilah hasilnya.
Jan 24, 2011
Cupcakes
Cupcake perisa orange 16 pcs ni ditempah sempena majlis pertunangan adik ipar sebagai salah satu hantaran kepada pihak lelaki.Nak resepinya? Kat sini saya postkan resepinya untuk kita sama - sama kongsikan.Cubalah sendiri.
RESEPI CUPCAKE
BAHAN A
500gm tepung sponge mix
40gm tepung naik sendiri
60gm air
5 biji telor A
sedikit baking powder
BAHAN B
60gm minyak / butter
CARANYA :
1.Satukan semua bahan A dan pukul hingga kembang dan putih.
2.Masukkan bahan B dan pukul sebati.
3. Bakar api atas bawah dengan suhu 160 sampai masak.
RESEPI CUPCAKE
BAHAN A
500gm tepung sponge mix
40gm tepung naik sendiri
60gm air
5 biji telor A
sedikit baking powder
BAHAN B
60gm minyak / butter
CARANYA :
1.Satukan semua bahan A dan pukul hingga kembang dan putih.
2.Masukkan bahan B dan pukul sebati.
3. Bakar api atas bawah dengan suhu 160 sampai masak.
Jan 23, 2011
Deluna puding
Yang ni namanya Deluna Puding.Cerewet sikit nak buatnya.Mula- mula kena buat swiss roll dulu then baru buat pudingnya.Nampak cantik dan puding ni sesuai sekiranya dijadikan salah satu dari hantaran perkahwinan , pertunangan takpun sebagai hadiah.Puding ni tak berair tau.Mudah tuk dibawa even untuk long distances. Enjoy gambar yang saya tunjukkan ni ek.
Ni close up.Kalau nak tempah contact saya ek.
Ni close up.Kalau nak tempah contact saya ek.
Creme puff
Creme puff ni selalu saya buat . Ni buat untuk makan- makan ngan family hari tu. Nanti saya attachedkan resepinya .
Close up .Apa yang saya suka bab buat Creme Puff ni, tika tunggu dia masak, wah seronok sangat tgk dia naik menggunung. Sedap jek bila masuk lam mulut.Puas rasanya.
Close up .Apa yang saya suka bab buat Creme Puff ni, tika tunggu dia masak, wah seronok sangat tgk dia naik menggunung. Sedap jek bila masuk lam mulut.Puas rasanya.
Happy New Year 2011
Salam, ni entry pertama saya .Salam perkenalan.Tak terlambat rasanya untuk saya wish tahun baru kan, walaupun kita dah hampir mencecah bulan Febuari.Saya Anne dari Kuala Trg.Masak dan try resepi baru itu memang jadi hobi saya.Selain bz dengan tugas harian saya di ofis ,saya akan tetap luangkan masa untuk cuba resepi baru yang saya minati dan buat masa sekarang sedang giat menambah ilmu masakan. he he .Kalau nak tempah- apa- apa pun boleh gak ngan saya tapi apa yang saya mampu buat la.Apapun, saya harapkan semoga kita semua diberkati hendaknya dan semoga azam saya tahun 2011 ini akan tercapai dan sama- sama kita kongsikan ilmu di ruangan blog yang tak seberapa ni..Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)