Mar 30, 2011

Kastard layer




Erm yang ni pulak puding kastard layer .Saja try buat sebab tak pernah buat lagi puding ni. Puding ni ada 3 lapisan.
Lapis pertama- karamel
Lapis kedua -kastard
Lapis ketiga - kek
Boleh tahan gak  cerewet nak membuatnya. He he kalau tak sabar silap- silap tak jadik.Nak bakar pun leh tahan lama gak tau. Tapi sedaplah rasanya, berbaloilah saya membuatnya . He he

American chocolate cake


Yummy,yummy this is American Choc Cake.Rasanya sedap, tak manis sangat.Di baluti fondant dengan hiasan yang simple jek, nak bunga setangkai jek katanya.Pun taknak tulis apa- apa kat atas kek ni.Saya lapis dengan ganache coklat kat dalamnya.Ni kawan saya order tuk nak kasik kat bf dia .he he .Thanks beb

Mar 23, 2011

Frozen Donut



Donut frozen ni, saya buat untuk jualan kedai runcit Agrobazar di Permint Jaya.Seronok wat donut ni, dalam sekilo dapatlah lam 80 biji lebih. Itupun kalau saiz besarlah kalau kecik tak best lak makan ,tak gebu ye tak. 

Kek gula hangus

Dah lama sangat tak buat kek gula hangus ni.Ni antara resepi kesayangan saya sebab sedang sedang elok aja rasanya.Tak manis sangat dan sedap di makan.Cepat jek habis kek ni, yelah mana taknya kat umah separuh untuk kami sekeluarga makan( bertiga )dan  bagi orang separuh  lagi cepatlah habis ye tak. he he ..ni saya postkan resepi tuk sapa- sapa nak cuba wat sendiri.
KEK GULA HANGUS 
 2 gelas gula kasar
2 gelas air
2 gelas gandum
2 sudu kecil bicarbonate soda
1 sudu esen vanila
7 biji telor
Stengah tin susu pekat
2 sudu planta

Caranya:
1.Goreng dulu gula sampai hancur.Then masukkan air-sejukkan
2.Pukul planta dengan susu pekat.
3.Tambah bicarbonate soda,esen vanila dan telor satu persatu.
4.Then baru letakkan gula yang di goreng tadi. 
5.Masukkan gandum pukul sebati .
6.Bakar


Mar 20, 2011

Strawberry hubby


haah...ada strawberylah kat trg ni. he he. Even ini takda kena mengena ngan masakan atau apa apa yang berkait ngan gubahan hantaran dan sebagainya, sebenarnya saja nak postkan kat sini sebab my hubby gembira sesangat bila lik dari kampung hari tu, sampai jek kat rumah, seronok sesangat tgk pokok strawberynya dah mengeluarkan hasil.Besarlah jugak buahnya dan rasa cam ne ek, he he cam strawberylah rasanya. Banggalah sangat tu! Leh letak atas cupcake ni, takyah bli lagi dah kat Giant. he he

Royal icing


Wah.. banyaknya roses ,so cute so prety kan.Saya yang buat ni rasa seronok sangat tatkala dok busy piping roses ni.
Banyak kuntum jugak saya dapat bagi satu adunan royal icing ni tau.Roses ni saya buat dulu untuk nak letak kat atas butter cake yang saya postkan sebelum ni.Lepas tu saya biarkan untuk tempoh semalaman so dad dia keras so easily deco kat atas kek.Selebihnya saya simpan tuk buat daun kat atas kek.
Ini resepi yang saya gunakan.( saya ambil dari blog Yaties cooking ) 
Royal Icing
4 biji putih telor
satu sudu makan cuka-leh ganti ngan jus lemon
1kg gula icing-ayak
2 cubit traganth gum

Caranya:
1.Mula - mula pukul putih telor jadikan meringe-atau terbalikkan bekas tak tumpah
2.Then letak semua bahan lain pukul sampai kental atau jadi puncak.
3.Leh pipe bentuk apa-apa kita sukalah.



Mar 15, 2011

Fondant love cake

Ini adalah tempahan kek fondant pertama yang saya buat.Selalunya buat cupcake.Neighbour saya, Kak Dayang tempah sempena majlis perkahwinan  Syahril nya.Kek mentega sementara bunga roses merah tu saya buat dari royal icing .Semalaman jugak nak tunggu kering. Seronok sangat buat roses tu.Banyak jugak saya dapat dari satu doh royal icing tu.Anyway credit kat yatie's cooking sebab resepi royal icing tu saya dapat dari blog yatie.Harap Kak Dayang puas hatilah dengan kek yang saya buat ni.

Mar 3, 2011

Puding dan cupcakes



Ini gambar - gambar puding dan cupcakes yang di buat untuk Zakiah dari marang sempena majlis perkahwinannya . Puding nenas, deluna puding dan fondant cupcakes ni sebagai salah satu hantaran beliau.