Mar 15, 2011

Fondant love cake

Ini adalah tempahan kek fondant pertama yang saya buat.Selalunya buat cupcake.Neighbour saya, Kak Dayang tempah sempena majlis perkahwinan  Syahril nya.Kek mentega sementara bunga roses merah tu saya buat dari royal icing .Semalaman jugak nak tunggu kering. Seronok sangat buat roses tu.Banyak jugak saya dapat dari satu doh royal icing tu.Anyway credit kat yatie's cooking sebab resepi royal icing tu saya dapat dari blog yatie.Harap Kak Dayang puas hatilah dengan kek yang saya buat ni.